Peranti Konsep vivo APEX Tampil Unik Dengan Kamera Swafoto ‘Ala’ Periskop Kapal Selam 1 236

Selain menjadi medan untuk para pengeluar telefon pintar mendedahkan peranti keluaran baharu mereka untuk tatapan umum, ada juga pengeluar yang mengambil kesempatan tersebut untuk memperlihatkan peranti konsep mereka.

Jika sebelum ini vivo pernah mendapat perhatian global apabila menjadi pengeluar telefon pintar pertama yang menggunakan teknologi pengimbas cap jari pada paparan skrin, kini keupayaan teknologi itu telah diperhebatkan lagi melalui kemunculan peranti konsep vivo APEX.

Kamera depan akan dikeluarkan daripada kerangkanya apabila pengguna ingin mengambil gambar swafoto.

Sekali pandang anda pastinya terpukau dengan rekaan vivo APEX yang menyokong paparan skrin penuh dengan saiz bezel atas dan sisi yang hanya setebal 1.8mm dengan bezel bahagian bawahnya berukuran 4.3mm. Dek kerana saiz bezel yang sangat nipis, vivo dilihat telah membawakan satu rekaan unik dengan menghasilkan kamera swafoto yang kelihatan seperti periskop kapal selam yang akan dikeluarkan dari dalam kerangka peranti apabila pengguna ingin bergambar.

Rekaan panel belakang kelihatan lebih kemas dan ringkas.

Ketiadaan bezel pada bahagian atas peranti ini bagi menempatkan lubang earpiece turut mendorong vivo untuk memperkenalkan satu lagi teknologi menarik yang dikenali sebagai Screen SoundCasting. Untuk pengetahuan pembaca, teknologi yang sama turut dapat dilihat pada peranti Xiaomi iaitu Mi Mix, tetapi teknologi dari vivo ini dikatakan lebih baik kualiti audionya.

Hampir separuh daripada paparan skrin boleh digunakan untuk proses mengimbas cap jari.

Tidak cukup dengan itu, vivo APEX juga menjadi peranti pertama di dunia yang menampilkan teknologi pengimbas cap jari pada separuh daripada paparan skrinnya. Ini bermakna pengguna bebas untuk mengimbas cap jari mereka pada mana-mana bahagian bawah skrin kerana sensor tersebut tidak terhad pada satu bahagian tertentu sahaja sebagaimana vivo X20 Plus UD.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend