Peranti Kedua Android Go Samsung Diperkenalkan – Galaxy J4 Core Comments Off on Peranti Kedua Android Go Samsung Diperkenalkan – Galaxy J4 Core

Selepas Samsung membuat kemunculan pertama Android Go pada bulan Ogos yang lalu, kini pengeluar nombor satu dunia itu hadir dengan peranti generasi kedua mereka yang dikenali sebagai Galaxy J4 Core.

Beberapa penambah baikan telah dilakukan untuk model kali ini tetapi ia masih mengekalkan tanda harga yang mesra dompet. Galaxy J4 Core dipadankan bersama paparan LCD 6-inci HD+ 1480 x 720 piksel. Memori yang dimuatkan pula ialah 1GB RAM dan 16GB storan dalaman yang disertakan sokongan kad microSD.

Kamera belakang menawarkan penggambaran 8MP dengan bukaan f/2.2 selain kamera swafoto 5MP dengan bukaan yang sama. Pada bahagian kuasa pula, sebuah bateri sebesar 3,300mAh telah diberikan disamping dijana antaramuka Android asli berasaskan Android 8.1 Oreo terus dari kotak. Namun, untuk cip pemproses Samsung dilihat masih lagi menggunakan cipset terdahulu, Exynos 7570.

Setakat ini, tiada maklumat bilakah peranti ini akan mula dijual di Malaysia serta harga runcit yang akan ditawarkan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend