Perak Transit, Touch n Go Dan NEC Lancar Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Pertama Untuk myBAS Ipoh Comments Off on Perak Transit, Touch n Go Dan NEC Lancar Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Pertama Untuk myBAS Ipoh

Dalam usaha untuk memperkasakan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia, kolaborasi antara Perak Transit, Touch n Go dan NEC telah menyaksikan pelancaran sistem pembayaran tambang bas tanpa tunai yang pertama di negara ini untuk myBAS Ipoh.

Kini pengguna myBAS Ipoh berupaya untuk membuat pembayaran tambang ke destinasi yang dituju dengan menyentuh kad Touch n Go (termasuk kad pengenalan yang telah diaktifkan ciri Touch n Go) ke pembaca kad pintar yang dipasang dalam bas tersebut.

Selain memastikan kelancaran perjalanan untuk penumpang, sistem pembayaran tanpa tunai ini juga mampu mendapatkan maklumat lebih tepat seperti jumlah penumpang yang naik dan turun di setiap hentian berbeza.

Melalui projek ini, NEC telah menyediakan Sistem Pengumpulan Tambang Automatik (AFCS) yang terdiri daripada kad pembaca pintar, peranti komunikasi dan sistem transaksi tambang.

Buat masa ini perkhidmatan bas henti-henti myBAS Ipoh menawarkan operasi meliputi keluaran sekitar 310km, dengan 16 laluan berbeza yang disediakan oleh 60 buah bas.

Diperkenalkan sejak tahun 2016, myBAS Iphon telah berjaya mencatatkan seramai 163,000 penumpang setiap bulan sepanjang tahun 2019.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend