Perak Menjadi Negeri Pertama Memperkenalkan E-Sukan Dalam Temasya SUKMA 2018 Comments Off on Perak Menjadi Negeri Pertama Memperkenalkan E-Sukan Dalam Temasya SUKMA 2018

Buat pertama kalinya dalam acara Sukan Malaysia (SUKMA), acara e-sukan akhirnya telah dipertandingkan pada temasya SUKMA XIX yang berlangung di negeri Perak. Acara ‘Esports SUKMA Experience’ yang diadakan pada 21 dan 22 September ini dilihat telah berjaya menarik minat lebih daripada 1000 pengunjung daripada pelbagai negeri.

Melalui acara ‘Esports SUKMA Experience’ yang pertama ini, tiga judul permainan popular iaitu Mobile Legends Bang Bang, FIFA 2018 (FIFA 18) dan juga Pro Evolution Soccer 2018 (PES 2018) telah dipersembahkan. Lebih menariknya, ketiga-tiga acara e-sukan ini telah disertai oleh atlet-atlet e-sukan yang pernah menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa.

Amtuah, Shige, Nia Adyana dan AirAsia Saiyan merupakan antara atlet profesional yang mengambil bahagian dalam kejohanan e-sukan yang pertama di SUKMA XIX Perak 2018.

Acara ‘Esports SUKMA Experience’ ini telah dianjurkan hasil inisiatif Yang Berhormat Howard Lee Chuan How selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak bagi mengangkat dan menyokong perkembangan e-sukan sebagai sukan arus perdana untuk golongan muda.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend