Penyedia Servis Penstriman Video Di China Dikatakan Mahu ‘Ciplak’ Idea Dari Netflix Comments Off on Penyedia Servis Penstriman Video Di China Dikatakan Mahu ‘Ciplak’ Idea Dari Netflix

Menurut firma IHS Markit, servis penstriman video di China telah diramalkan akan mencatatkan perkembangan yang sangat positif iaitu dari USD3.5 bilion pada tahun 2015, kepada USD17.6 bilion menjelang tahun 2020 nanti. Malahan pengguna berbayar untuk servis itu juga dikatakan akan turut mencatatkan peningkatan lebih daripada 500% kepada USD2.6 bilion.

Menyedari akan perkembangan industri video dalam talian yang sangat pantas ini, penyedia servis penstriman video di China telah bercadang untuk menghasilkan program original yang akan hanya ditayangkan secara eksklusif untuk pengguna berbayar yang melanggan perkhidmatan mereka.

Netflix mendapat sambutan pengguna kerana mereka turut menawarkan program original yang eksklusif.

Sebenarnya idea untuk menghasilkan program original ini merupakan idea asal yang telah dipraktikkan oleh Netflix, dan kaedah sebegini dilihat telah menjadi salah satu faktor utama yang berjaya meletakkan Netflix sebagai penyedia servis penstriman video terbaik buat masa ini.

iQiyi menawarkan pelbagai rancangan siri TV dan filem untuk pengguna di China.

Idea untuk menghasilkan program original ini telah didorong lagi dengan sambutan positif terhadap rancangan eksklusif iQiyi iaitu The Rap of China. iQiyi yang merupakan salah satu penyedia servis penstriman video popular di China, sebelum ini turut mendapat hak penyiaran program original Netflix seperti Black Mirror dan Mindhunter di negara tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend