Penghala Linksys MR8300 Diperkenalkan Khusus Untuk Kelancaran Permainan Mudah Alih – RM799 Comments Off on Penghala Linksys MR8300 Diperkenalkan Khusus Untuk Kelancaran Permainan Mudah Alih – RM799

Linksys dengan kerjasama Belkin International dan Foxconn Interconnect Technology (FIT) , baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran penghala Linksys MR8300 Max-Stream Tri-Band Gaming Mesh WiFi AC2200 di Malaysia. Dijual pada harga RM799, ia kini sudahpun boleh dibeli melalui peruncit yang sah di seluruh negara.

This slideshow requires JavaScript.

Linksys MR8300 merupakan penghala berprestasi tinggi yang mampu menyokong kelajuan sehingga 2.2Gbps, sesuai untuk ruang kediaman yang memerlukan sambungan jalur lebar yang kuat untuk aktiviti hiburan dan permainan mudah alih. Ini kerana ia telah dikuasakan dengan pemproses empat teras berkelajuan 716MHz yang mampu memastikan prestasi yang terbaik.

Dibangunkan dengan teknologi Linksys Intelligent Mesh, pengguna mempunyai fleksibiliti untuk meningkatkan liputan WiFi di dalam kediaman dengan penambahan nod Velop ke dalam sistem.

Malah setiap pembelian penghala Linksys MR8300 ini juga akan turut menerima 6 bulan keahlian premium percuma untuk Wtfast, yang mana akan mengoptimumkan trafik permainan melalui rangkaian permainan swasta terbesar di dunia. Ia turut tersedia dengan akses tanpa had untuk PC Game Launchpad yang menawarkan lebih 1000 permainan dalam talian.

This slideshow requires JavaScript.

Di dalam ujian penanda aras Tolly, Linksys MR8300 masih mampu mencatatkan purata masa ping 7.3ms, walaupun penghala itu telah disambungkan ke enam buah telefon pintar yang sedang memainkan permainan mudah alih dan juga 21 peranti aktif yang lain.

Baca juga:

Linksys Menjanjikan Sambungan Internet Lebih Lancar dan Stabil Dengan Sistem WiFi Velop Tri/Dual Band

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend