Penggunaan iPad Pro 12.9″ Dengan Magic Keyboard Memiliki Berat Sama Seperti MacBook Pro 13″ Comments Off on Penggunaan iPad Pro 12.9″ Dengan Magic Keyboard Memiliki Berat Sama Seperti MacBook Pro 13″

Berbeza dengan komputer riba, kebanyakan individu mungkin lebih cenderung untuk menggunakan tablet apabila berada di luar kerana ia jauh lebih ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Namun begitu, pemilikan iPad Pro 12.9″ dengan sokongan aksesori eksklusif – Magic Keyboard, mungkin tidak begitu relevan. Ini kerana berdasarkan perkongsian di Internet, Magic Keyboard tampil dengan rekaan yang agak berat iaitu mencecah sehingga 710g.

Bahkan jika aksesori itu digunakan bersama-sama dengan iPad Pro 12.9″, ia mencatatkan berat keseluruhan mencecah sehingga 1.36kg. Apa yang menariknya, MacBook Pro dengan sokongan skrin berukuran 13 inci mencatatkan berat sekitar 1.37kg.

Menurut individu yang mendedahkan maklumat ini, dia telah mengambil keputusan untuk memulangkan semula aksesori Magic Keyboard itu ke kedai Apple.

Baginya aksesori itu bukan sahaja berat, tetapi ia lebih sesuai digunakan apabila diletakkan di atas meja sahaja. Jika itu kesnya, dia berpendapat adalah lebih praktikal untuk dia terus menggunakan MacBook Pro sahaja.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend