Pengguna TV Pintar LG Model 2019 Kini Boleh Melayani Apple TV+ Di TV Masing-masing Comments Off on Pengguna TV Pintar LG Model 2019 Kini Boleh Melayani Apple TV+ Di TV Masing-masing

Pada bulan lalu di acara CES 2020 LG Electronics telah memperkenalkan barisan TV pintar terbaru yang mana TV ini menyertakan sokongan aplikasi Apple TV.

Melalui Apple TV, pengguna boleh melanggan perkhidmatan Apple TV+ untuk menikmati kandungan istimewa seperti drama bersiri antaranya “The Morning Show”, “See”, “Servant”, “Little America”, dan banyak lagi.

Kini, Apple TV dilancarkan pada TV pintar model 2019 di 80 negara termasuk Malaysia. Pengguna di negara ini kini boleh memuat turun aplikasi Apple TV menerusi LG Home Launcher bermula hari ini.

Antara TV yang menyokongnya adalah daripada model OLED dan NanoCell (siri SM9X dan SM8X) manakala model UHD (siri UM7X dan UM6X) bakal menyusul pada bulan hadapan.

LG juga turut mengumumkan ketersediaan TV pintar model 2020 dan akan memberikan sokongan Apple TV untuk TV pintar model 2018 tidak lama lagi pada tahun ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend