Pengguna Streamyx Akan Terima Naik Taraf Ke Unifi Atau Kelajuan Internet Sehingga 2x Ganda Comments Off on Pengguna Streamyx Akan Terima Naik Taraf Ke Unifi Atau Kelajuan Internet Sehingga 2x Ganda

Dalam majlis pengumuman yang sama, pihak Telekom Malaysia juga tidak mengenepikan para pengguna Streamyx dengan membuat tawaran yang lebih baik berbanding sedia ada.

TM meletakkan pengguna Streamyx ini kepada dua golongan iaitu yang pertama bagi yang berada di kawasan Unifi dan satu lagi yang berada diluar kawasan Unifi. Apakah perbezaan antara dua golongan ini anda boleh lihatnya seperti:

  1. Pelanggan Streamyx yang berada di kawasan Unifi akan menerima naik taraf secara percuma kepada pelan Unifi yang terdekat.
  2. Pelanggan Streamyx yang BUKAN berada dalam kawasan Unifi akan dinaikkan kelajuan internet sehingga 2 kali ganda.

Proses naik taraf ke pelan Unifi akan dilakukan melalui panggilan telefon, jadi anda tidak perlu risau. Tetapi bagi golongan yang tidak mendapat naik taraf Unifi, anda perlu menunggu sehingga pihak TM membuat kerja penambah baikan di kawasan anda diami. TM akan memperluaskan perkhidmatan jalur lebar Unifi kepada pengguna Streamyx bermula 15 Julai 2018.

Dengan tindakan yang dilakukan pihak TM ini, kami tidak pasti anda sebagai pengguna yang terlibat boleh menarik nafas lega ataupun tidak. Yang paling penting, perkara ini lebih baik ada daripada tiada langsung.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend