Pengguna Rangkaian 5G Akan Mencecah 2.6 Bilion Menjelang Hujung Tahun 2025 – Ericsson Comments Off on Pengguna Rangkaian 5G Akan Mencecah 2.6 Bilion Menjelang Hujung Tahun 2025 – Ericsson

Berdasarkan laporan Ericsson Mobility Report yang telah dikongsikan, Ericsson menjangkakan bahawa pengguna rangkaian 5G akan mencapai sebanyak 2.6 bilion dalam tempoh enam tahun dari sekarang. Ramalan ini dibuat berdasarkan daripada momentum yang mampan dan juga ekosistem 5G yang sangat pesat membangun di seluruh dunia.

Menjelang hujung tahun 2025 nanti, rangkaian 5G akan meliputi sehingga 65% daripada penduduk dunia dan mengambil alih 45% daripada trafik mudah alih global. Malah penggunaan purata data Internet global pada telefon pintar juga dijangka akan meningkat sehingga 24GB sebulan, berbanding hanya 7.2GB pada masa ini.

Ketersambungan Internet berkelajuan tinggi 5G ini juga diramalkan akan turut memberi impak besar terhadap industri IoT. Menurut laporan, jumlah bilangan sambungan peranti IoT selular juga akan meningkat ke 5 bilion, berbanding 1.3 bilion pada penghujung tahun 2019 ini.

Penyedia perkhidmatan komunikasi TIM merupakan yang pertama di Itali menggunakan rangkaian 5G yang dibangunkan oleh Ericsson.

Tahun 2019 ini telah menyaksikan penyedia perkhidmatan komunikasi terkemuka di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Utara telah mula beralih kepada rangkaian 5G. Malah Korea Selatan pula dilihat lebih awal mula beralih ke rangkaian 5G ini sejak April 2019, dengan menyaksikan lebih tiga juta langganan telah direkodkan secara kolektif oleh penyedia perkhidmatan 5G di negara itu.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend