Pengguna KLIA Ekspres Dan KLIA Transit Boleh Menikmati Diskaun 15% Dengan Touch ‘n Go eWallet Comments Off on Pengguna KLIA Ekspres Dan KLIA Transit Boleh Menikmati Diskaun 15% Dengan Touch ‘n Go eWallet

Touch ‘n Go eWallet hari ini telah mengumumkan jalinan kerjasama dengan Express Rail Link (ERL) bagi menawarkan kaedah pembayaran yang lebih mudah, lancar dan selamat untuk semua rakyat Malaysia yang berulang-alik dari/ke KLIA dan KLIA 2.

Bersempena dengan kerjasama ini, Touch ‘n Go eWallet turut menawarkan diskaun sebanyak 15% untuk pembelian tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang terpilih untuk penumpang dewasa dan juga kanak-kanak.

Tawaran ini juga boleh didapati untuk sesetengah tambang konsesi KLIA Transit, khusus untuk warga emas, pelajar yang mempunyai Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M), serta orang kelainan upaya yang mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Masyarakat Malaysia.

Promosi ini boleh dinikmati melalui pembelian tiket di kaunter bermula daripada 1 Januari hingga 30 Jun 2020 nanti.

Bagi memastikan perjalanan yang lebih selamat apabila menggunakan pengangkutan awam, TNG Digital Sdn Bhd turut mengambil langkah yang perlu dengan menggandakan kekerapan pembersihan tempat-tempat yang sering disentuh oleh penumpang menggunakan bahan disinfektan yang lebih kuat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila layari www.facebook.com/touchngoewallet/ atau www.KLIAekspres.com. Pengguna Touch ‘n Go eWallet juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kempen berkenaan dengan melayari laman sesawang https://www.tngdigital.com.my/erl-launchcampaign.

Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend