Pengguna Huawei Siri Nova Kini Mencecah 65 Juta Orang Comments Off on Pengguna Huawei Siri Nova Kini Mencecah 65 Juta Orang

Lanjutan daripada pelancaran Huawei Nova 4 di China, pengeluar kedua terbesar dunia ini turut mengumumkan buat masa ini lebih 65 juta pengguna siri Nova di seluruh dunia.

Siri Nova yang pertama telah diperkenalkan pada tahun 2016 dan jika anda masih ingat ianya Huawei Nova dan Nova Plus. Selepas itu nama Nova mula meningkat naik di Malaysia menerusi model Nova 2i. Peranti yang telah diperagakan oleh Hannah Delisha ini juga turut menjadi peranti pertama Huawei hadir dengan dwi kamera depan.

Selepas mendapat permintaan yang tinggi untuk generasi ketiga, kini Huawei tampil dengan Nova 4 tetapi kini tidak lagi dwi kamera sebaliknya satu kamera dalam skrin. Rekaan terbaru ini juga jadi lebih menarik apabila Huawei meletakkan sistem tri-kamera yang mana salah satu sensor menyokong sehingga 48MP.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend