Pengguna Boleh Mengakses Emoji Dengan Lebih Mudah Pada Windows, Mac dan Chrome OS Comments Off on Pengguna Boleh Mengakses Emoji Dengan Lebih Mudah Pada Windows, Mac dan Chrome OS

Penggunaan emoji ketika menaip menggunakan telefon pintar sememangnya mudah dan pantas, tetapi ia sedikit sukar untuk diakses pada PC mahupun komputer riba. Tetapi baru-baru ini ada berita baik telah dikongsikan oleh Google yang mana telah berkongsi satu tweet yang menyatakan bahawa akses emoji pada kedua-dua peranti itu akan menjadi lebih mudah dan pantas.

Melalui perkongsian tweet dari Adrienne Porter Felt, Google kini dalam proses untuk mencuba kaedah baharu yang akan memudahkan pengguna untuk mengakses emoji melalui pelayar web Chrome pada PC atau komputer riba. Kini pengguna hanya perlu menekan butang kanan pada tetikus untuk memaparkan menu emoji yang akan digunakan.

Klik butang kanan pada tetikus untuk mengakses menu emoji pada Chrome. (kredit gambar: 9to5Google)
Senarai emoji akan dipaparkan untuk anda pilih. (kredit gambar: 9to5Google)

Walaupun melalui tweet itu Google hanya merujuk kepada pelayar web pada Chrome untuk Mac, fungsi menarik sudah tentunya akan turut disediakan pada platform lain termasuklah Windows, Linux, dan juga Chrome OS. Sungguhpun begitu, fungsi akses pantas emoji ini masih lagi dalam peringkat beta, dan ia akan hanya boleh diakses sebaik sahaja versi stabil diperkenalkan nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend