Pengguna Android Boleh Bermain Permainan Semasa Muat Turun Dilakukan Comments Off on Pengguna Android Boleh Bermain Permainan Semasa Muat Turun Dilakukan

Kelak pengguna Android dapat memainkan permainan yang sedang dimuat turun sebelum ia dipasang sepenuhnya pada peranti. Menurut sumber, Android mungkin akan melepaskan ciri ini kepada pengguna pada tahun 2021 menerusi sistem operasi Android 12.

Perisian terbaru ini sekaligus akan mengatasi masalah keterujaan pengguna lebih-lebih lagi semasa memuat turun fail bersaiz besar yang memakan masa.

Oleh kerana itu, Google kini sedang membangunkan sejenis fail baharu yang akan dikepilkan pada sistem fail sedia ada. Pada masa sama Google akan mempertingkatkan prestasi grafik yang membolehkan telefon pintar berupaya memainkan permainan mudah alih yang semakin kompleks.

Secara ringkasnya, fail tambahan ini adalah sistem fail dedikasi Linux Virtual yang membenarkan program dijalankan pada masa sama semasa memuat turun fail binari dan fail sumbernya melalui rangkaian, USB, dan lain-lain. Ini bermaksud, apabila melancarkan aplikasi bersaiz besar, anda hanya perlu memuat turun sedikit sahaja kandungan untuk permainan itu dimainkan.

Menurut XDA Devolopers, ciri ini tidak akan diperkenalkan pada Android 11 sebaliknya akan dibawa masuk kedalam Android 12. Adakah anda berasa teruja?

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend