
Apple baru-baru ini telah mengemaskini rekaan logo MFi dan telah memberi tempoh selama 90 hari untuk para pengeluar aksesori menggunakannya pada produk yang dihasilkan oleh mereka pada masa akan datang.

Menurut sumber, Apple telah mengumumkan perubahan logo MFi yang akan digunakan pada pakej pembungkusan pada 9 Februari 2018 yang lalu. Ini bermakna pengeluar aksesori untuk produk Apple hanya ada kurang 90 hari untuk mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Apple.

Bagi pembaca yang tidak tahu, logo pengikitirafan MFi ini akan hanya diberikan oleh Apple kepada pengeluar aksesori bagi mengesahkan bahawa produk mereka mematuhi kualiti dan prestasi standard yang telah ditetapkan oleh Apple.