Pengedaran Telefon Pintar Global Untuk Suku Pertama 2018 Catat Penurunan Sebanyak 3% Berbanding Tahun Sebelumnya Comments Off on Pengedaran Telefon Pintar Global Untuk Suku Pertama 2018 Catat Penurunan Sebanyak 3% Berbanding Tahun Sebelumnya

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Counterpoint Research, pengedaran telefon pintar global untuk suku pertama tahun 2018 telah mencatatkan penurunan sebanyak 3% iaitu dari 371.1 juta unit pada suku pertama tahun 2017 kepada 360 juta unit untuk suku pertama tahun 2018.

Pada pendapat Pengarah Bersekutu di Counterpoint Research iaitu Tarun Pathak, penurunan ini disebabkan oleh permintaan yang agak perlahan di negara sedang membangun, di mana pengguna dilihat mengambil tempoh masa yang lebih lama untuk bertukar ke telefon pintar baru kerana fungsi serta rekaan telefon pintar sudah mencapai tahap optimumnya.

Berdasarkan kepada statistik yang telah dikongsikan, Samsung dilihat masih menduduki tangga teratas, diikuti oleh Apple di tempat kedua, Huawei di tempat keempat, dan Xiaomi pula telah merampas kedudukan OPPO untuk berada di tangga kelima. Walau bagaimanapun, hanya empat jenama telah memperlihatkan kenaikan pengedaran telefon pintar iaitu Apple (3%), Huawei (14%), Xiaomi (101%) dan juga iTel (213%) yang pertama kali berjaya tersenarai dalam tangga 10 teratas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend