Pengedaran Global HUAWEI Watch GT 2 Kini Cecah Lebih 1 Juta Unit Dalam Tempoh 45 Hari Comments Off on Pengedaran Global HUAWEI Watch GT 2 Kini Cecah Lebih 1 Juta Unit Dalam Tempoh 45 Hari

HUAWEI Watch GT 2 sebelum ini telahpun diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran global pada hujung September yang lalu, melalui pelancaran rasmi yang berlangsung di Munich, Jerman. Lebih kurang dua minggu selepas itu, HUAWEI Malaysia pula telah melancarkan Watch GT 2 ini untuk pasaran tempatan.

Kini 45 hari selepas HUAWEI Watch GT 2 mula dijual secara rasmi untuk pasaran global, HUAWEI telah mengumumkan lebih daripada 1 juta unit jam tangan pintar generasi terbaharunya itu telah berjaya diedarkan di seluruh dunia. Rekod pengedaran Watch GT 2 ini dikatakan sangat positif kerana ia berjaya mencapai angka tersebut dalam tempoh tiga bulan lebih awal berbanding Watch GT generasi pertama.

HUAWEI Watch GT 2 telah dikuasakan dengan cipset Kirin A1, menampilkan paparan skrin AMOLED sebesar 1.39 inci dengan resolusi 454 x 454 piksel, dan juga menjanjikan ketahanan bateri sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa. Menariknya ia juga turut dilengkapi dengan fungsi panggilan menggunakan sambungan Bluetooth.

Baca juga:

HUAWEI Watch GT 2 Versi 46mm Dengan Ketahanan Bateri 2 Minggu Kini Mula Dijual Secara Rasmi

Lebih 7 Juta Unit Siri HUAWEI Mate 30 Berjaya Dijual Di Seluruh Dunia Dalam Tempoh Dua Bulan

EMUI 10 Kini Telah Dioperasikan Pada Lebih 1 Juta Peranti HUAWEI Dan HONOR

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend