Pengecas Tanpa Wayar Pantas OPPO AirVOOC 40W Dengan Sistem Penyejuk Dilancarkan Comments Off on Pengecas Tanpa Wayar Pantas OPPO AirVOOC 40W Dengan Sistem Penyejuk Dilancarkan

Malam semalam OPPO Ace2 telah diperkenalkan secara rasmi dan ditawarkan kepada pengguna di China. Selain daripada telefon pintar berspesifikasi tinggi, OPPO turut melancarkan pad pengecas tanpa wayar pantas – OPPO AirVOOC 40W untuk pasaran di negara itu.

OPPO AirVOOC boleh dibeli secara berasingan pada harga CNY249 (~RM152) dan boleh digunakan untuk mengecas OPPO Ace2 dengan pantas. Kebiasaannya pengecasan tanpa wayar menghasilkan haba yang banyak tetapi dengan AirVOOC masalah itu dapat ditangani.

Hal ini kerana AirVOOC dilengkapi kipas penyejuk terbina yang boleh mengekalkan tahap suhu di bawah 39-darjah celcius serta mengeluarkan bunyi yang senyap iaitu kurang daripada 22dBA. OPPO memberitahu, AirVOOC boleh mengecas penuh bateri Ace2 dengan masa yang singkat iaitu 56 minit.

AirVOOC menyokong pengecasan tanpa wayar Qi, dan ini membolehkan pengguna mengecas peranti lain tanpa sebarang sekatan namun hanya dihadkan kepada 10W.

OPPO AirVOOC 40W bukanlah satu-satunya pad pengecasan tanpa wayar pantas yang ada di pasaran bahkan HUAWEI juga mempunyai pad pengecasan tanpa wayar pantas mereka tersendiri menerusi HUAWEI SuperCharge Wireless Charger Stand 40W.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend