Pengecas Tanpa Wayar OPPO 40W AirVOOC Bakal Diperkenalkan Selepas Tersenarai Di WPC Comments Off on Pengecas Tanpa Wayar OPPO 40W AirVOOC Bakal Diperkenalkan Selepas Tersenarai Di WPC

OPPO sebelum ini telah merancang untuk melancarkan model OPPO Reno Ace 2 yang dijadualkan akan berlangsung pada 13 April ini. Ia dijangka akan menyokong Snapdragon 865, dwi mod 5G dan juga pengecas 65W.

OPPO Reno Ace 2 juga dijangka akan turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar 40W, selepas aksesori OPPO 40W AirVOOC kini mula melepasi pengiktirafan di Wireless Power Consortium (WPC).

Didaftarkan pada 7 April 2020, OPPO 40W AirVOOC dengan sentuhan kombinasi warna putih dan kelabu ini akan menampilkan teknologi pengecasan tanpa wayar Qi.

Berdasarkan gambar yang didedahkan, pad pengecasan ini memiliki ruangan khas untuk meletakkan telefon pintar dan juga komponen krom yang dipercayai merupakan kipas untuk menyejukkan pad pengecasan.

Bahagian bawah gambar ini pula tersedia dengan lubang pelepasan haba panas, dan ia jelas memaparkan cetakan output 9V2A (18W), 5V6A (30W) dan juga 10V6.5A (65W).

Namun begitu, output maksimum 65W itu mungkin dihadkan untuk sambungan pengecasan berwayar sahaja, dan pengecasan tanpa wayar maksimum dihadkan setakat 40W.

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend