
Minggu lepas kami telahpun berkongsi bahawa OnePlus telahpun dilaporkan akan memperkenalkan teknologi pengecasan tanpa wayar OnePlus Warp Charge 30W, dan akan dilancarkan pada 16 April.
Menurut TechDroider, pengecas tanpa wayar Warp Charge 30W dikatakan akan hadir dengan sokongan kipas penyejukan bagi mengurangkan haba pada pad pengecas ini. Lebih menariknya, ciri AI Sleep Mode akan mematikan kipas pada waktu malam secara automatik.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, pad pengecasan ini akan turut dilengkapi dengan ciri perlindungan debu dan juga perlindungan suhu panas melampau.

Pengecas tanpa wayar Warp Charge 30W ini dikatakan mampu mengecas OnePlus 8 Pro sehingga 50% dalam tempoh 30 minit, dan akan dicas penuh dalam masa hanya 80 minit sahaja.
Ia dipercayai akan dijual di pasaran Eropah pada harga EUR70, iaitu bersamaan kira-kira RM332.