Pengasas HUAWEI Melaporkan Syarikatnya Kini Dalam Usaha Membangunkan 6G Comments Off on Pengasas HUAWEI Melaporkan Syarikatnya Kini Dalam Usaha Membangunkan 6G 147

Bercakap tentang 5G, tiada syarikat lain di dunia yang dapat menandingi kecanggihan teknologi yang dibangunkan oleh HUAWEI. Boleh dikatakan, kedudukan HUAWEI kini berada pada tahap yang begitu selesa memandangkan pesaing lain masih lagi ketinggalan jauh dibelakang.

Terkini, Ren Zhengfei melaporkan syarikatnya telah memulakan pembangunan untuk 6G. Dalam kenyataan berbahasa Mandarin, beliau menyatakan, HUAWEI ketika ini sedang berusaha untuk menambah baik teknologi 5G sedia ada pada masa sama membangunkan 6G untuk kegunaan masa hadapan.

Ren Zhengfei

Bagaimanapun, Ren memberitahu ianya masih lagi di peringkat permulaan dan beliau yakin ia akan memakan masa yang lama atau mungkin sehingga 10 tahun sebelum dikomersialkan.

Di Malaysia, orang ramai boleh mencuba sendiri pengalaman menggunakan rangkaian 5G di kedai konsep HUAWEI Experience Store, Pavilion KL. Demostrasi akan berakhir pada 6 Oktober 2019.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend