Pengambilan Gambar Berganti-ganti Menggunakan Vivo X30 Pro Berjaya Catat Rekod Dunia Guinness Comments Off on Pengambilan Gambar Berganti-ganti Menggunakan Vivo X30 Pro Berjaya Catat Rekod Dunia Guinness

Vivo baru sahaja melancarkan Vivo X30 dan X30 Pro dengan sokongan kuad kamera beresolusi 64MP pada minggu lepas untuk pasaran di China.  Menariknya Vivo X30 Pro telah dilengkapi dengan lensa periskop beresolusi 13MP yang mampu menyokong fungsi 2x zum optikal, 5x zum hibrid, dan sehingga 60x zum digital.

Hari ini Guinness World Records telah mengumumkan secara rasmi bahawa Vivo X30 Pro telah berjaya mencatatkan rekod dunia baharu untuk acara pengambilan gambar berganti-ganti melibatkan peserta paling ramai dengan menggunakan satu telefon pintar yang sama.

Menurut laporan yang dikongsikan, seramai 546 orang telah mengambil gambar menggunakan lensa telefoto pada Vivo X30 Pro di atas kapal persiaran Pearl River Crystal di Ghuangzhou, China.

This slideshow requires JavaScript.

Vivo X30 Pro telah dikuasakan dengan cipset Exynos 980 (8nm), dilengkapi paparan skrin Super AMOLED 6.44 inci FHD+, kamera depan 32MP, Funtouch OS 10, 8GB RAM, ruang storan sehingga 256GB, dan juga bateri 4350mAh dengan pengecasan pantas 33W Vivo FlashCharge.

Baca juga:

Vivo X30 Dan X30 Pro Kini Rasmi Dengan Exynos 980, Kuad Kamera 64MP Dan 33W Vivo FlashCharge

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend