Penduduk Malaysia Boleh Melihat Fenomena Hujan Meteor Quadrantids Pada 4 Dan 5 Januari 2020 Comments Off on Penduduk Malaysia Boleh Melihat Fenomena Hujan Meteor Quadrantids Pada 4 Dan 5 Januari 2020

Penghujung bulan Disember 2019 yang lepas, penduduk di negara ini baru sahaja menikmati fenomena Gerhana Matahari Anulus (cincin) dan Separa. Kini satu lagi fenomena astronomi iaitu Hujan Meteor Quadrantids yang boleh dilihat di beberapa lokasi di negara ini pada 4 dan 5 Januari 2020.

Menurut laman timeanddate.com, fenomena hujan meteor akan berada pada kemuncaknya pada jam 11 malam (4 Januari 2020) sehingga awal pagi pada 5 Januari 2020 ini. Berdasarkan laporan yang dikongsikan, dijangka sehingga 120 hujan meteor boleh dilihat dalam tempoh satu jam.

Bagi mendapatkan lokasi terbaik untuk menikmati fenomena Hujan Meteor Quadrantids ini, anda boleh mengunjungi beberapa lokasi berbeza di seluruh negara seperti berikut:

  • Pulau Redang, Johor
  • Mersing, Johor
  • Sekinchan, Selangor
  • Kudat, Sabah
  • Broga Hill
  • Kuala Kubu Bharu, Selangor
  • Kota Belud, Sabah
  • Pantai Pasir Klebang, Melaka
  • Kuala Selangor
  • Pulau Tioman, Pahang
  • Pulau Gem, Terengganu
  • Tanjung Simpang Mengayau, Sabah
  • Cameron Highlands, Pahang
  • Pantai Malindo, Pulau Pinang
  • Kampung Teluk Pelanduk, Seremban
  • Ulu Yam, Selangor

Untuk memastikan pengalaman yang terbaik untuk menikmati fenomena ini, anda dinasihatkan berada jauh dari lokasi yang terdedah dengan pencemaran cahaya yang tinggi dan dalam masa yang sama memastikan cuaca yang baik. Ini bagi memastikan tahap penglihatan yang optimum.

Baca juga:

Gerhana Matahari Anulus Dan Separa Boleh Disaksikan Di Malaysia Pada 26 Disember 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend