Pendaftaran Untuk Menguji Permainan Mario Kart Tour Versi Beta Untuk Peranti Android Kini Dibuka Comments Off on Pendaftaran Untuk Menguji Permainan Mario Kart Tour Versi Beta Untuk Peranti Android Kini Dibuka

Pembangun permainan popular iaitu Nintendo kini sudah mula membuka pendaftaran versi beta tertutup untuk pemilik peranti Android bagi menguji permainan Mario Kart Tour. Proses pendaftaran dibuka bermula 23 April hingga 7 Mei 2019 nanti, dan ia hanya boleh disertai oleh pengguna di Jepun dan juga Amerika Syarikat.

Permainan Mario Kart Tour ini akan diuji untuk telefon pintar terpilih dan tempoh pengujian akan bermula 22 Mei hingga 4 Jun 2019. Jika diikutkan pada perancangan awal, Nintendo sebelum ini telah bercadang untuk melancarkan permainan ini pada Mac yang lepas, tetapi ia telah ditunda sehingga musim panas tahun ini bagi meningkatkan kualiti dan juga mengembangkan kandungan permainan ini.

Mario Kart Tour merupakan permainan francais pertama yang dibangunkan untuk platform Android dan iOS, tetapi buat masa ini pengujian versi beta permainan ini hanya boleh diuji pada peranti Android sahaja.

Baca juga:

Mario Kart Di Tokyo Dapat Sambutan Pelancong, Tetapi Korang Perlu Fikir Sebelum Mencubanya…

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend