Pendaftaran GrabBike (Beta) Kini Dibuka Kepada Orang Ramai – Tarikh Tutup 2 Disember 2019 Comments Off on Pendaftaran GrabBike (Beta) Kini Dibuka Kepada Orang Ramai – Tarikh Tutup 2 Disember 2019

Pada awal bulan lalu, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan perkhidmatan seru-pandu motosikal dijalankan di Malaysia. Malahan, program rintis atau ‘Proof of Concept’ (POC) di Kuala Lumpur akan dijalankan selama enam bulan bermula Januari 2020.

Sebagai syarikat peneraju seru-pandu, Grab Malaysia hari ini telah membuka pendaftaran rakan penghantar GrabBike (beta) kepada mereka yang layak. Bermula hari ini hingga 2 Disember 2019, mereka yang berminat boleh menghantar butiran diri dan kenderaan melalui pautan ini.

Notis penting untuk makluman rakan penghantar adalah seperti berikut:

  • Anda wajib menyertai sesi latihan GrabBike (tarikh dan tempat akan diberitahu kelak).
  • Anda perlu menukar kepada beg penghantaran baharu yang disediakan oleh Grab.
  • Anda perlu membawa topi kelendar untuk pembonceng apabila berada dalam talian.
  • Anda akan berkomunikasi dengan pembonceng anda.
  • Anda akan berdekatan dengan pembonceng dan berpotensi untuk mempunyai sentuhan fizikal dengan pembonceng.

Grab mengatakan hanya rakan penghantar yang menerima SMS atau panggilan dari Grab sahaja layak menyertai program ini. Sebarang perubahan tertakluk kepada Terma & Syarat. Bagaimanapun, untuk menjadi salah seorang rakan penghantar GrabBike, anda wajib mematuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Lokasi hanya di Lembah Klang.
  • Tempoh program rintis adalah 6 bulan mulai Januari 2020.
  • Penunggang hendaklah mempunyai lesen motorsikal B ataupun B2.
  • Penunggang berumur tidak kurang daripada 18 tahun
  • Hanya satu penumpang dibenarkan pada satu-satu masa dan umurnya tidak kurang daripada 18 tahun.
  • Penunggang tidak disenaraihitamkan oleh JPJ ataupun PDRM
  • Motorsikal yang digunakan tidak berusia lebih 5 tahun dari tarikh pendaftaran JPJ
  • Motorsikal hendaklah didaftarkan secara sah dengan JPJ
  • Motorsikal tidak diubahsuai dan melepasi piawaian JPJ.
  • Penunggang perlu memakai tanda pakaian yang jelas termasuk motosikal.
  • Penunggang hendaklah mematuhi segala undang-undang jalan raya.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend