Pencawang 5G Di UK Dibakar Berikutan Konspirasi Yang Mengaitkan Radiasi 5G Dengan COVID-19 Comments Off on Pencawang 5G Di UK Dibakar Berikutan Konspirasi Yang Mengaitkan Radiasi 5G Dengan COVID-19

Gara-gara terdapat konspirasi yang melaporkan bahawa radiasi dari pencawang 5G menjadi punca penularan wabak COVID-19, beberapa tiang pencawang rangkaian 5G di UK telah dibakar. Bahkan jurutera 5G di negara itu juga turut dicederakan.

Huru-hara ini tercetus selepas sebuah video telah difilemkan di persidangan kesihatan AS telah mendakwa bahawa Afrika tidak terkesan dengan penyakit berjangkit itu kerana negara itu tidak memiliki rangkaian 5G.

Sejak itu, beberapa individu dilihat telah memuat naik status di Facebook dan juga perkongsian nota suara di WhatsApp yang mengajak rakyat di negara itu untuk membakar tiang pencawang 5G. Disebabkan oleh itu, beberapa pencawang 5G di negara itu seperti di Liverpool, Manchester United, Watford, Romford dan Birmingham telah musnah.

Situasi ini telah diburukkan lagi selepas beberapa selebriti terkenal di UK seperti Amanda Holden, Jason Gardiner dan Callum Best telah berkongsi petisyen yang menolak rangkaian 5G di Twitter yang memiliki jutaan pengikut.

Namun begitu, kerajaan UK telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bukti yang mengatakan rangkaian 5G ada kaitan dengan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Malah pihak WHO (Organisasi Kesihatan Dunia) turut melaporkan bahawa terdapat ribuan kes COVID-19 di Afrika ketika ini.

Disebabkan oleh kekecohan yang berlaku, Change.org dilaporkan telah memadam petisyen yang telah berjaya mengumpul lebih 100,000 sokongan itu kerana tiada sebarang bukti yang mengaitkan pendedahan 5G itu dengan penyakit COVID-19.

sumber 1, sumber 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend