Pencarum KWSP Boleh Keluarkan Wang Akaun Kedua Mulai 1 April 2020 Comments Off on Pencarum KWSP Boleh Keluarkan Wang Akaun Kedua Mulai 1 April 2020

Perdana Menteri dalam sidang media hari ini telah memutuskan beberapa inisiatif daripada sebahagian pakej rangsangan ekonomi dan bantuan rakyat. Pengumuman ini termasuklah kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun dua masing-masing tertakhluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Pencarum boleh membuat permohonan bermula 1 April 2020 dan ianya bakal memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP dengan jumlah pengeluaran berjumlah bernilai RM40 bilion.

Perdana Menteri berharap dengan adanya inisiatif ini, ia dapat membantu rakyat berbelanja untuk membeli barang-barang keperluan dalam waktu yang sukar ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend