Pemuda Ini Membawa 99 Unit Telefon Pintar Untuk Menghasilkan Kesesakan Trafik Maya Di Google Maps Comments Off on Pemuda Ini Membawa 99 Unit Telefon Pintar Untuk Menghasilkan Kesesakan Trafik Maya Di Google Maps

Sebagaimana yang kita sedia maklum, aplikasi navigasi seperti Google Maps boleh mengetahui status trafik melalui perkongsian daripada pengguna dan juga berapa ramai yang menggunakan aplikasi itu pada satu-satu masa di lokasi yang sama.

Menariknya di Berlin, seorang pemuda telah memuat naik sebuah video di YouTube yang memperlihatkan bagaimana dia telah ‘menggodam’ Google Maps dengan menghasilkan kesesakan trafik maya di sepanjang laluan yang dilaluinya.

Melalui eksperimen itu, Simon Weckert telah meletakkan sebanyak 99 unit telefon pintar yang dioperasikan dengan aplikasi Google Maps di dalam kereta sorong kecil. Kemudian dia telah menarik kereta sorong itu di sepanjang laluan, termasuklah di hadapan bangunan Google Office di Berlin.

Disebabkan Google Maps mengesan terdapat penggunaan aplikasi yang tinggi di sepanjang laluan itu, ia secara automatik telah menukarkan laluan berwarna hijau ke warna merah kerana menyangkakan trafik yang tinggi dan bergerak perlahan.

Berikutan daripada eksperimen yang dilakukan itu, ia jelas memperlihatkan bahawa aplikasi navigasi itu lebih mudah untuk dieksploitasi oleh pihak tertentu, sama ada untuk tujuan mengganggu kelancaran trafik ataupun dengan niat yang tidak baik.

sumber, melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend