Pemilik Xiaomi Mi Max Di Malaysia Mula Menerima Kemas Kini MIUI 9.5 Comments Off on Pemilik Xiaomi Mi Max Di Malaysia Mula Menerima Kemas Kini MIUI 9.5

Jika diikutkan pada perancangan Xiaomi sebelum ini, model Mi Max dan tujuh lagi model keluarannya akan mula menerima kemas kini MIUI 9.5 pada penghujung bulan Mac yang lalu. Hari ini ada pembaca TeknoRatz telah berkongsi dengan kami, peranti Xiaomi Mi Max miliknya sudah mula menerima kemas kini terbaru MIUI 9.5 melalui OTA (Over-The-Air).

Kemas kini MIUI 9.5 masih dioperasikan dengan Android 7.0 Nougat sama seperti versi MIUI 9.2 sebelum ini.

Walaupun sudah menerima kemas kini MIUI 9.5 terbaru, Xiaomi Mi Max dilihat masih lagi dioperasikan dengan Android 7.0 Nougat dan bukannya Android 8.0 Oreo. Namun begitu, kemas kini ini membawakan pelbagai penambahbaikan dan juga fungsi baharu untuk Mi Max termasuklah ciri autocomplete pada bar alamat carian Internet, keupayaan untuk mengasingkan had penggunaan data untuk dua kad SIM, dan banyak lagi.

Bagi anda yang ingin memuat turun kemas kini MIUI 9.5 pada Xiaomi Mi Max, pastikan anda memiliki sambungan Internet yang stabil dan laju memandangkan saiz fail OTA kemas kini ini mencecah sehingga 1.2GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend