Pemilik Xiaomi Mi 9T Dilaporkan Sudah Mula Menerima Kemas Kini MIUI 11 Berasaskan Android 10 Comments Off on Pemilik Xiaomi Mi 9T Dilaporkan Sudah Mula Menerima Kemas Kini MIUI 11 Berasaskan Android 10

Sebelum ini pemilik peranti Redmi K20 di China sudahpun menerima kemas kini versi stabil untuk MIUI 11 berasaskan Android 10 bermula bulan Disember 2019 yang lepas. Menariknya pemilik Xiaomi Mi 9T yang merupakan varian global juga telah dilaporkan mula menerima kemas kini yang sama bermula minggu ini.

Berdasarkan tangkap skrin yang telah dikongsikan, pemilik peranti yang menggunakan Xiaomi Mi 9T di Eropah sudahpun menerima kemas kini stabil itu secara OTA dengan saiz fail mencecah sehingga 2.2GB. Tampil dalam versi MIUI 11.0.1.0.QFJEUXM, kemas kini itu turut menyokong tampalan Android untuk bulan Disember 2019.

Selain itu, kemas kini MIUI 11 itu juga menyokong pelbagai fungsi yang disokong oleh Android 10, ini termasuklah kawalan privasi serta lokasi yang lebih baik, mod gelap menyeluruh, antaramuka yang diperbaharui, dan juga penambahbaikan untuk kamera.

Kemas kini ini dikatakan sudahpun tersedia untuk Xiaomi Mi 9T di pasaran Eropah, India dan juga global.

Log perubahan MIUI 11 untuk Xiaomi Mi 9T:

  • System
    • Stable MIUI based on Android 10
    • Updated Android Security Patch to December 2019
    • Increased system security
  • Lockscreen, status bar, Notification shade
    • Fix: Couldn’t open notification settings in the Notification shade in Second space
  • Security
    • Optimization: Localized payment security icon for India
  • Other
    • Fix: Images overlapped in scrolling screenshots

sumber 1, sumber 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend