Pemilik Siri Huawei Mate 20 Dilaporkan Mula Menerima Kemas Kini EMUI 9.1 Dengan Fungsi ‘Moon Mode’ Comments Off on Pemilik Siri Huawei Mate 20 Dilaporkan Mula Menerima Kemas Kini EMUI 9.1 Dengan Fungsi ‘Moon Mode’ 314

Huawei Malaysia sebelum ini telahpun menjadualkan ketersediaan kemas kini EMUI 9.1 untuk siri Mate 20 pada minggu ini iaitu bermula daripada 27 Jun 2019. Dalam laporan berasingan, kami juga ada berkongsi bahawa siri Mate 20 akan turut menerima fungsi penggambaran yang diperkenalkan pada siri P30 iaitu ‘Moon Mode’.’

Hari ini portal Huawei Central telah mengesahkan bahawa kemas kini EMUI 9.1 sudah mula diterima oleh pemilik siri Huawei Mate 20 dengan fail kemas kini mencecah sehingga 4.07GB. Melalui kemas kini tersebut, ia membawakan pelbagai ciri-ciri baharu seperti Huawei Vlog yang membolehkan penghasilan video muzik di dalam galeri, sokongan nada dering video, GPU Turbo 3.0, fungsi penggambaran ‘Moon Mode’, dan banyak lagi.

Jika dilihat pada screenshot kemas kini yang telah dikongsikan, ia menyokong nombor versi kemas kini 9.1.0.300, sama seperti nombor versi yang diumumkan oleh Huawei Malaysia sebelum ini. Apa yang pasti, penerimaan kemas kini EMUI 9.1 untuk siri Mate 20 ini akan mula diterima oleh pengguna di Malaysia pada 27 Jun ini, dan ketersediaan kemas kini akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Baca juga:

Pemilik Honor 9 Lite Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Berasaskan Android 9.0 Pie

Huawei Mate 20 Pro Dan Mate 20 X Dipercayai Akan Menyokong Penggambaran ‘Moon Mode’ Melalui Kemas Kini EMUI 9.1

Huawei Malaysia Sahkan Ketersediaan Kemas Kini EMUI 9.1 Untuk Lapan Model, Termasuk Siri Huawei Mate 20

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend