Pemilik Siri HONOR 20, HONOR View 20 Dan HONOR 9X Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Android 10 Comments Off on Pemilik Siri HONOR 20, HONOR View 20 Dan HONOR 9X Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Android 10

Setelah sekian lama menunggu, hari ini HONOR Malaysia telahpun mengumumkan ketersediaan kemas kini Magic UI 3.0/EMUI 10 berasaskan Android 10 khusus untuk empat model keluarannya di negara ini.

Keempat-empat model yang dimaksudkan adalah HONOR 20, HONOR 20 Pro, HONOR View 20, dan juga HONOR 9X. Kemas kini tersebut telahpun mula diterima oleh pengguna di negara ini dan ia akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Menurut HONOR Malaysia, pemilik HONOR 10 Lite dan HONOR 20 Lite pula akan menerima kemas kini berasaskan Android 10 itu bermula bulan Mei tahun ini.

Magic UI 3.0/EMUI 10 +menampilkan sentuhan antaramuka yang diperbaharui, sokongan mod gelap, kawalan navigasi skrin penuh, animasi yang lebih lancar, dilengkapi fungsi ‘Multi-Screen Collaboration’ untuk sambungan pantas ke komputer riba, dan banyak lagi.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend