Pemilik Samsung Galaxy S10+ Dilaporkan Sudah Mula Terima Kemas Kini Rasmi Android 10 Comments Off on Pemilik Samsung Galaxy S10+ Dilaporkan Sudah Mula Terima Kemas Kini Rasmi Android 10

Melalui perkongsian seorang pemilik Galaxy S10+ di group Facebook Samsung Galaxy S10+ | S10 | S10e Malaysia, peranti Galaxy S10+ miliknya sudahpun mula menerima kemas kini One UI 2 berasaskan Android 10 secara rasmi.

Berdasarkan perkongsian screenshots yang dimuat naik, kemas kini One UI 2 yang turut menyokong tampalan keselamatan Android untuk bulan Disember 2019 itu hadir dengan fail kemas kini hampir mencecah 2GB. Melalui sokongan versi Android 10 ini, pengguna boleh menikmati mod gelap, pembaharuan pada ikon serta skim warna antaramuka, dan juga navigasi skrin penuh.

Namun begitu, penerimaan kemas kini berasaskan Android 10 ini dikatakan masih lagi belum diberikan secara menyeluruh dan ia akan diberikan secara berperingkat-peringkat. Untuk memeriksa sama ada peranti anda telah menerimanya atau belum, akses menu Settings → System updates → Check for system updates.

sumber

Baca juga:

[Ulasan] Samsung Galaxy S10+, Naik Taraf Terbesar Pernah Dilakukan Pada Siri-S

Seorang Pemilik Samsung Galaxy Note10 Menerima Kemas Kini Android 10 Versi Stabil Tanpa Sengaja

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend