Pemilik Samsung Galaxy Note9 Masih Ada Harapan Untuk Menerima Kemas Kini One UI 2.1 Comments Off on Pemilik Samsung Galaxy Note9 Masih Ada Harapan Untuk Menerima Kemas Kini One UI 2.1

Dilancarkan dua tahun yang lalu, Samsung Galaxy Note9 sebelum ini telah dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo, dan sehingg kini ia sudahpun mula menerima kemas kini OneUI 2.0 berasaskan Android 10 yang dikatakan merupakan versi kemas kini terakhir untuk peranti ini.

Berita baiknya, Samsung baru-baru ini dilaporkan sudah mula menguji kemas kini One UI 2.1 yang merupakan versi terkini yang diperkenalkan pada siri Galaxy S20. Sungguhpun begitu, Samsung dikatakan sedang memeriksa dan menentukan fungsi yang bersesuaian untuk ditawarkan pada Galaxy Note9.

Bahkan menurut Samsung, sesetengah aplikasi seperti fungsi kamera yang disokong pada One UI 2.1 tidak akan diterima oleh Galaxy Note9 bagi mengelakkan isu ketidakstabilan.

Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak Samsung masih lagi belum mendedahkan garis masa ketersediaan kemas kini One UI 2.1 untuk Galaxy Note9.

sumber (Bahasa Korea), melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend