Pemilik PlayStation 4 Melaporkan Isu ‘Bootloop’ Selepas Dikemaskini Ke Versi 7.50 Comments Off on Pemilik PlayStation 4 Melaporkan Isu ‘Bootloop’ Selepas Dikemaskini Ke Versi 7.50

Minggu lepas kemas kini terbaharu versi 7.50 untuk konsol permainan PlayStation 4 telahpun diberikan secara rasmi, selepas lebih sebulan diuji dalam peringkat beta.

Walaupun kemas kini tersebut dikatakan mampu mempertingkatkan prestasi sistem, tetapi ada di antara pengguna telah melaporkan berhadapan dengan pelbagai isu selepas dikemaskinikan.

Berdasarkan perkongsian di reddit, rata-rata daripada pemilik PlayStation 4 telah melaporkan berhadapan dengan isu ‘bootloop’ tanpa henti. Menurut pengguna yang berhadapan dengan isu ini, peranti mereka dihidupkan dan dimatikan secara automatik tanpa henti.

Manakala ada juga di antara pengguna telah melaporkan konsol permainan mereka dapat dihidupkan seperti biasa, namun begitu tiada sebarang isyarat diterima. Apabila dihidupkan semula, skrin akan kelihatan gelap walaupun konsol didapati sedang beroperasi.

Terdapat banyak lagi isu yang dilaporkan oleh pengguna dengan kemas kini versi 7.50 ini, antaranya termasuklah kegagalan untuk membaca cakera.

Buat masa ini tiada sebarang penyelesaian untuk isu yang dihadapi, tetapi pengguna boleh menghidupkan PlayStation 4 ini dalam mod ‘Safe Mode’ dengan menekan butang kuasa selama 10 saat dan cuba reset sistem di dalam mod ini.

sumber, melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend