Pemilik Peranti Huawei Mate 10 Dan Mate 10 Pro Di Malaysia Sudah Mula Terima Kemas Kini Rasmi EMUI 9.0 Comments Off on Pemilik Peranti Huawei Mate 10 Dan Mate 10 Pro Di Malaysia Sudah Mula Terima Kemas Kini Rasmi EMUI 9.0

Pada pertengahan Oktober yang lepas, pemilik Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro di negara ini sudahpun berpeluang untuk menguji kemas kini beta untuk EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie. Selepas kurang dua bulan kemas kini beta itu diuji, hari ini Huawei Malaysia telah mula menawarkan ketersediaan kemas kini rasmi EMUI 9.0 untuk pemilik kedua-dua peranti itu di Malaysia.

Selain menjanjikan pelbagai fungsi baharu yang disokong oleh Android 9.0 Pie, ada di antara pengguna yang telah menerima kemas kini baharu ini telah melaporkan turut menerima fungsi baharu di dalam aplikasi AppAssistant (Game Suite). Selepas dikemaskini, terdapat satu ikon baharu yang membolehkan pengguna untuk menyambungkan aksesori Betop G1 untuk mengawal permainan.

Dengan fail kemas kini kurang daripada 800MB, pemilik Huawei Mate 10 akan menerima versi 9.0.0.159 (C636E2R1P12) dan pemilik Huawei Mate 10 Pro pula akan menerima versi 9.0.0.159 (C636E2R1P13). Namun begitu, penerimaan kemas kini EMUI 9.0 ini akan diberikan secara berperingkat-peringkat untuk pengguna di negara ini.

Baca juga:

[Ulasan] BETOP G1 Game Controller – Aksesori Gaming Eksklusif Untuk Telefon Pintar Huawei

Pengguna Mate 10 Dan Siri P20 Di Singapura Terima EMUI 9.0 Lebih Awal

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend