Pemilik Nokia 7 Plus Di India Sudah Mula Menerima Kemas Kini Rasmi Android 9.0 Pie Comments Off on Pemilik Nokia 7 Plus Di India Sudah Mula Menerima Kemas Kini Rasmi Android 9.0 Pie

Google baru sahaja melancarkan Android 9.0 Pie secara rasmi dan seperti yang kami kongsikan sebelum ini, peranti Google Pixel dan Essential Phone menjadi peranti pertama yang mula menerima kemas kini tersebut.

Apa yang menariknya, hari ini telah dilaporkan bahawa kemas kini baharu Android 9.0 Pie itu sudahpun mula diterima oleh pemilik Nokia 7 Plus di India. Melalui perkongsian screenshot yang telah dikongsikan, Android 9.0 Pie rasmi itu hadir dengan saiz fail kemas kini sebesar 1.17GB. Sungguhpun begitu, buat masa ini perkara itu tidak pula diumumkan secara rasmi jadi kami sendiri tidak dapat mengesahkan kesahihannya.

Malah sebelum ini juga pihak Google sendiri pernah mengesahkan bahawa kesemua peranti Nokia yang dioperasikan dengan platform Android One akan mula menerima kemas kini Android 9.0 Pie sekitar bulan Ogos ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend