Pemilik Nokia 6.1 Plus Kini Boleh Mencuba Android Pie Dalam Versi Beta 0 343

HMD Global baru sahaja melancarkan Nokia 6.1 Plus dan Nokia 5.1 Plus secara rasmi untuk pasaran tempatan pada penghujung 2018 yang lepas. Dioperasikan dengan antaramuka Android 8.1 Oreo asli berasaskan platform Android One, Nokia 6.1 Plus dengan rekaan skrin bertakuk ini telah dijanjikan dengan sokongan kemas kini berterusan yang lebih cepat.

Nokia 6.1 Plus (kiri) baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia, serentak dengan model Nokia 5.1 Plus.

Menariknya pemilik Nokia 6.1 Plus baru-baru ini sudah boleh mencuba sendiri Android 9.0 Pie, selepas Ketua Pegawai Produk HMD Global, Juho Sarvikas, telah membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu. Bagi anda yang memiliki Nokia 6.1 Plus, anda kini boleh menyertai program khas untuk menjadi salah seorang daripada penguji Android Pie.

Bagi yang berminat, anda boleh menyertai program ini di https://www.nokia.com/en_int/phones/betalabs

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend