Pemilik iPhone 7 Dan 7 Plus Berhadapan Isu Mikrofon Tidak Berfungsi Selepas Kemas Kini iOS 11.3 Comments Off on Pemilik iPhone 7 Dan 7 Plus Berhadapan Isu Mikrofon Tidak Berfungsi Selepas Kemas Kini iOS 11.3

Sejak kebelakangan ini, ramai di antara pemilik peranti iOS melaporkan pelbagai isu yang timbul selepas mereka mengemaskinikan peranti mereka ke iOS 11.3 dan ke atas. Jika sebelum ini kami ada melaporkan tentang isu ketahanan bateri, baru-baru ini ada pemilik model iPhone 7 dan 7 Plus yang melaporkan masalah pada mikrofon pada peranti mereka.

Berdasarkan kepada laporan yang diterima, ada di antara pengguna yang berhadapan dengan isu butang speaker tidak boleh diaktifkan apabila menerima atau membuat panggilan. Isu secara tidak langsung telah menyebabkan pemilik iPhone yang terlibat tidak boleh menggunakan perkhidmatan FaceTime kerana pihak yang menjawab panggilan itu tidak dapat mendengar suara pemanggil. Malah ada yang melaporkan bahawa mereka tidak boleh menggunakan Siri berikutan masalah pada mikrofon selepas dikemas kini.

Berita baiknya adalah Apple sudah sedia maklum tentang isu yang dihadapi ini dan berkemungkinan Apple akan memperkenalkan kemas kini terbaru bagi mengatasi isu tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend