Pemilik HUAWEI Y9s Di Malaysia Sudah Mula Menerima Kemas Kini Rasmi Android 10 Comments Off on Pemilik HUAWEI Y9s Di Malaysia Sudah Mula Menerima Kemas Kini Rasmi Android 10

Hari ini ada pemilik HUAWEI Y9s di negara ini yang melaporkan sudah mula menerima kemas kini rasmi untuk EMUI 10 berasaskan Android 10. Berdasarkan perkongsian di HUAWEI Komuniti Malaysia, kemas kini versi 10.0.0.189(C636E3R1P1) hadir dengan fail kemas kini sebesar 3.8GB.

Sama seperti kemas kini EMUI 10 untuk peranti HUAWEI yang lain, HUAWEI Y9s turut menerima sentuhan antaramuka baharu, penambahbaikan fungsi GPU Turbo serta Phone Clone, dan juga tambahan fungsi dropzone untuk aplikasi AppAssistant.

Apa yang lebih menariknya, kemas kini EMUI 10 untuk HUAWEI Y9s ini juga turut didatangkan dengan sokongan mod gelap. Bahkan penyediaan ikon pintas ‘Dark Mode’ turut boleh ditemui pada ruangan Quick Settings.

  • Pemeriksaan penerimaan kemas kini EMUI 10 untuk HUAWEI Y9s boleh diperiksa melalui menu System Updates ataupun melalui aplikasi Support (HiCare).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend