Pemilik HUAWEI P20 Dan P20 Pro Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Rasmi Android 10 Comments Off on Pemilik HUAWEI P20 Dan P20 Pro Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Rasmi Android 10

Sebelum ini HUAWEI telahpun mengumumkan akan mula menawarkan kemas kini EMUI 10 berasaskan Android 10 untuk siri P20, siri Mate 10 dan juga nova 4 bermula Mei tahun ini.

Namun berdasarkan perkongsian di Facebook HUAWEI Komuniti Malaysia, ada ahli di group itu telah memuat naik tangkap skrin yang mengesahkan penerimaan kemas kini rasmi Android 10 untuk model HUAWEI P20 miliknya.

kredit tangkap skrin: Mohd Sukrie Sazali

Dengan fail kemas kini mencecah 4.71GB, versi 10.0.0.160(C636E3R1P3) telah membawakan sokongan EMUI 10.0 yang akan menampilkan antaramuka pengguna yang lebih lancar dan intuitif. Tetapi seperti kemas kini utama ini akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Jadi bagi yang ingin memeriksa sama ada peranti mereka sudah menerima kemas kini EMUI 10 ini atau tidak, anda boleh memeriksanya melalui menu Update di dalam aplikasi Support (pastikan aplikasi ini menyokong versi terkini).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend