Pemilik Huawei Nova 3i Di Malaysia Sudah Mula Menerima Kemas Kini Rasmi EMUI 9.0 Comments Off on Pemilik Huawei Nova 3i Di Malaysia Sudah Mula Menerima Kemas Kini Rasmi EMUI 9.0 434

Disember 2018 yang lalu, Huawei telah mengumumkan ketersediaan program ‘EMUI 9.0 Beta Tester’ untuk pemilik Huawei Nova 3 dan juga Nova 3i di negara ini. Hampir dua bulan selepas ia ditawarkan dalam peringkat pengujian awal, hari ini Huawei Malaysia telah mengumumkan ketersediaan kemas kini rasmi EMUI 9.0 untuk Huawei Nova 3i di Malaysia.

Kemas kini EMUI 9.0 ini akan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri baharu untuk Huawei Nova 3i, termasuklah sistem navigasi skrin penuh, teknologi AI HiVision pada kamera, GPU Turbo 2.0 yang menjanjikan prestasi grafik lebih berkuasa, Huawei Share, dan juga galeri dengan keupayaan AI.

Namun begitu, ingin dimaklumkan bahawa penerimaan kemas kini EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie untuk Huawei Nova 3i akan diberikan secara berperingkat-peringkat. Bagi anda yang memiliki Huawei Nova 3i, kemas kini boleh dilakukan terus di Settings → System → Software update ataupun melalui aplikasi Huawei HiCare → Update.

Baca juga:

Pemilik Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Kini Boleh Menyertai Program ‘EMUI 9.0 Beta Tester’

Huawei Malaysia Umum Tarikh Ketersediaan Kemas Kini Rasmi EMUI 9.0 Untuk Kesemua Modelnya Yang Terpilih

Pengguna Huawei Siri Nova Kini Mencecah 65 Juta Orang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend