Pemilik Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Kini Boleh Menyertai Program ‘EMUI 9.0 Beta Tester’ Comments Off on Pemilik Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Kini Boleh Menyertai Program ‘EMUI 9.0 Beta Tester’

Selepas membuka program EMUI 9.0 Beta Tester untuk beberapa model terpilih keluarannya, hari ini Huawei Malaysia telah mengumumkan ketersediaan penyertaan program yang sama untuk semua pemilik model Huawei Nova 3 dan juga Nova 3i di negara ini.

Bagi anda yang memiliki mana-mana model yang dinyatakan ini, anda boleh menyertai program EMUI 9.0 Beta Tester ini bermula hari ini dan penyertaan adalah terhad. Sekiranya berjaya terpilih untuk menyertai program ini, peranti anda akan mula menerima kemas kini EMUI 9.0 dalam versi beta secara berperingkat-peringkat bermula 5 Disember 2018.

EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie ini menjanjikan ciri AI yang lebih baik dan dalam masa yang sama menjanjikan pelbagai fungsi baharu serta kelancaran pengoperasian yang jauh lebih baik.

Untuk menyertai program EMUI 9.0 Beta Tester untuk Huawei Nova 3 dan Nova 3i, anda perlu mendaftar di https://consumer.huawei.com/en/support/fut/

Miliki set rasmi Huawei Nova 3 dan Nova 3i anda hari ini:

Baca juga:

Pemilik Huawei P20, P20 Pro, Mate 10 Dan Mate 10 Pro Di Malaysia Akan Terima Kemas Kini EMUI 9.0 Dalam Masa Terdekat?!

HiVision Pada EMUI 9.0 Menawarkan 4 Fungsi Menarik Yang Patut Anda Cuba!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend