Pemilik Honor 9 Lite Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Berasaskan Android 9.0 Pie Comments Off on Pemilik Honor 9 Lite Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Berasaskan Android 9.0 Pie 528

Sebagaimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, Honor 9 Lite merupakan antara empat model terawal selain Huawei P20 Lite, Huawei Nova 3e dan juga Huawei Y9 (2019) yang akan menerima kemas EMUI 9.1 bermula 12 Jun 2019 yang lalu. Namun seperti yang telah kami beritahu, penerimaan kemas kini tersebut akan diberikan secara berperingkat-peringkat untuk untuk pengguna di rantau Asia.

Jika sebelum ini pemilik Honor 9 Lite telah dilaporkan sudahpun menerima kemas kini tersebut bermula minggu lepas, kini tiba giliran pemilik tempatan pula menerima kemas kini EMUI 9.1. Seperti yang telah kami periksa semalam, fail kemas kini EMUI 9.1 dalam versi LLD-L21 9.1.0.116 (C636E4R1P1) sebesar 2.93GB sudah mula tersedia untuk dimuat turun bermula semalam.

Sekiranya anda memiliki Honor 9 Lite, penerimaan kemas kini itu boleh diperiksa di dalam menu ‘Update’ di dalam aplikasi HiCare pada peranti masing-masing terlebih dahulu. Apabila terdapat kemas kini baharu, anda dikehendaki untuk memuat turun fail kemas kini EMUI 9.1 itu melalui menu Settings → System → Software update.

Kemas kini EMUI 9.1 berasaskan Android 9.1 Pie untuk Honor 9 Lite ini menampilkan kemasan antaramuka yang diperbaharui dengan pelbagai fungsi dan ciri-ciri baharu seperti berikut:

  • Fungsi mengunci aplikasi menggunakan pengecaman wajah
  • 4 digit PIN kini ditukar ke 6 digit PIN
  • Antaramuka kamera kini telah diperbaharui
  • Fungsi HiVision
  • Fungsi rakaman skrin (screen recorder) yang diperbaharui
  • Fungsi ‘Digital Balance’ kini ditambah di dalam menu Settings
  • ‘Game Suite’ kini ditukarkan ke ‘App Assistant’
  • Menyokong fungsi ‘Split Screen’
  • Fungsi ‘Mirror Share’ dipertingkatkan
  • Perubahan terhadap pilihan nada dering
  • Sokongan nada dering video (Video ringtones)
  • Fungsi GIF kini ditambah dalam kamera

Selain daripada penambahbaikan dan sokongan fungsi baharu, EMUI 9.1 pada Honor 9 Lite ini menyaksikan beberapa penyingkiran beberapa fungsi yang sebelum ini ada ditawarkan pada EMU 8.0 seperti berikut:

  • Mod panorama atau Group selfie tidak lagi disokong pada kamera depan
  • Aplikasi pra-pasang ‘Party Mode’ telah dibuang
  • Tiada lagi fungsi untuk menyembunyikan aplikasi

Baca juga:

Huawei Malaysia Sahkan Ketersediaan Kemas Kini EMUI 9.1 Untuk Lapan Model, Termasuk Siri Huawei Mate 20

Siri Huawei P20 Dan Siri Nova 3 Merupakan Antara 11 Model Yang Akan Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Bermula Julai 2019

[Tips] Peranti Huawei Bermasalah Selepas Kemas Kini?! Lakukan Proses ‘Wipe Cache Partition’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend