Pemilik Google Pixel 3 Dan Pixel 3 XL Dilaporkan Berhadapan Dengan Isu Pengurusan Memori Comments Off on Pemilik Google Pixel 3 Dan Pixel 3 XL Dilaporkan Berhadapan Dengan Isu Pengurusan Memori

Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL sememangnya boleh dianggap antara peranti Android terbaik kerana ia menampilkan sokongan spesifikasi yang terbaik boleh anda miliki. Apa yang membuatkan model ini lebih istimewa berbanding telefon pintar Android yang lain adalah penerimaan versi kemas kini stabil yang lebih awal.

Namun di sebalik keistimewaan yang dimiliki oleh Pixel 3 dan Pixel 3 XL, baru-baru ini terdapat aduan daripada pemilik kedua-dua peranti ini yang melaporkan isu berhubung pengurusan memori. Menurut pendedahan yang dibuat di Reddit, pemilik Pixel 3 dan Pixel 3 XL dikatakan berhadapan dengan masalah untuk mengoperasikan lebih daripada tiga aplikasi secara serentak pada background.

Menurut mereka aplikasi yang sedang dioperasikan secara background akan dimatikan secara automatik apabila aplikasi lain diakses. Sebagai contoh, pemain muzik Spotify yang sedang dimainkan akan ditutup dengan sendirinya apabila pengguna mengakses kamera untuk mengambil gambar.

 

Ada di antara pemilik peranti ini menyalahkan sokongan RAM 4GB yang dikatakan agak kecil untuk tahun 2018, malah ada yang berpendapat ia disebabkan oleh masalah pada perisian Android itu sendiri. Namun sehingga kini Google masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend