Pemilik Global Nokia 3.1 Plus Mula Terima Kemas Kini Rasmi Android 10 Comments Off on Pemilik Global Nokia 3.1 Plus Mula Terima Kemas Kini Rasmi Android 10

HMD Global sebelum ini telahpun melancarkan model mampu milik Nokia 3.1 Plus untuk pasaran Malaysia pada Januari 2019 yang lepas. Di awal kemunculannya, ia telah dikuasakan dengan Android 8.0 Oreo dan kemudiannya kemas kini Android 9.0 Pie telah diberikan sebulan selepas itu.

Menariknya Juho Sarvikas selaku Ketua Pegawai Produk di HMD Global telah memaklumkan ketersediaan kemas kini rasmi Android 10 untuk pemilik global model Nokia 3.1 Plus.

Untuk gelombang pertama kemas kini tersebut, Malaysia telah tersenarai sebagai salah satu daripada 38 buah negara yang akan menerimanya. Ketersediaan kemas kini akan diberikan secara berperingkat sehingga 18 Mei nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend