Pemilik ASUS ZenFone Max Pro M1 Kini Sudah Boleh Mencuba Android 10 Versi AOSP Beta Comments Off on Pemilik ASUS ZenFone Max Pro M1 Kini Sudah Boleh Mencuba Android 10 Versi AOSP Beta

ASUS ZenFone Max Pro M1 sebelum ini telah dilancarkan untuk pasaran tempatan pada penghujung Mei 2018 yang lalu dengan sokongan Android 8.0 Oreo.

Lebih kurang setahun selepas berada di pasaran, pemilik telefon pintar ini telahpun menerima kemas kini utama iaitu Android 9.0 Pie secara rasmi. Menariknya baru-baru ini pemilik ASUS ZenFone Max Pro M1 di India dan Perancis telah dilaporkan mula menerima kemas kini Android 10 versi AOSP Beta.

Hadir dalam versi WW-17.2017.1911.407, kemas kini berasaskan Android 10 ini didatangkan dalam fail sebesar 1.59GB dan ia boleh dimuat turun secara rasmi melalui laman sesawang https://www.asus.com.

Walaupun tiada log perubahan yang dikongsikan, kemas kini baharu ini mungkin menawarkan kesemua ciri-ciri Android 10 seperti mod gelap, kawalan navigasi skrin penuh, dan banyak lagi.

Namun begitu, buat masa ini hanya terdapat satu sahaja isu yang diketahui terdapat pada kemas kini Android 10 versi beta ini iaitu ciri EIS atau penstabilan imej elektronik pada rakaman video yang tidak berfungsi.

Sekiranya pengguna ingin kembali menggunakan versi Android 9.0 Pie pada ASUS ZenFone Max Pro M1 yang telah dioperasikan dengan versi beta ini, mereka boleh memuat turun fail khas sebesar 1.53GB yang terdapat di laman rasmi ASUS.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend