Pemilik ASUS ZenFone Max Pro M1 Di Malaysia Mula Terima Android 9.0 Pie Rasmi Comments Off on Pemilik ASUS ZenFone Max Pro M1 Di Malaysia Mula Terima Android 9.0 Pie Rasmi

Seperti yang dijanjikan, pemilik global ASUS ZenFone Max Pro M1 baru-baru ini sudahpun mula menerima kemas kini Android 9.0 Pie secara rasmi, dan ini termasuklah pengguna di Malaysia.

Kemas kini versi 16.2017.1905.053 dengan fail mencecah 1.6GB ini membawakan kemas kini Android 9.0 Pie dengan tampalan keselamatan Android untuk bulan Mei 2019. Selain itu, melalui kemas kini terbaharu ini juga turut menawarkan sokongan tetapan grafik ‘HD’ untuk permainan PUBG Mobile, dan juga penambahan butang screenshot apabila butang kuasa ditekan selama beberapa saat.

Walau bagaimanapun, penerimaan kemas kini Android Pie untuk ASUS ZenFone Max Pro M1 ini ditawarkan secara berperingkat-peringkat kepada pengguna. Jadi sekiranya peranti anda masih belum menerimanya, anda boleh memuat turun dan memasang kemas kini ini secara manual di https://www.asus.com/my/Phone/ZenFone-Max-Pro-M1/HelpDesk_BIOS/.

Baca juga:

[Tips] Cara Untuk Mengaktifkan ‘Camera2 API’ dan Memasang GCam Pada ASUS ZenFone Max Pro M1 Tanpa Perlu Root dan!

[Tips] Cara Memasang Kemas Kini Android 9.0 Pie Pada ASUS ZenFone Max Pro M1 Secara Manual

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend