Pemilik ASUS ZenFone 5Z Mula Menerima Kemas Kini Rasmi Android 10 Comments Off on Pemilik ASUS ZenFone 5Z Mula Menerima Kemas Kini Rasmi Android 10

Walaupun hampir dua tahun diperkenalkan di pasaran, ASUS dilihat masih lagi komited untuk menjanjikan yang terbaik untuk peranti keluarannya yang terdahulu. Pemilik global untuk model ASUS ZenFone 5Z kini telah dilaporkan sudah mula menerima kemas kini rasmi baharu berasaskan Android 10.

Kemas kini Android 10 untuk ASUS ZenFone 5Z ini akan menawarkan pelbagai pembaharuan, termasuklah sistem notifikasi yang diperbaharui, sokongan mod gelap, kaedah navigasi skrin penuh baharu dan banyak lagi. Ketersediaan kemas kini ini boleh diterima melalui kaedah FOTA, dan fail kemas kini sebesar 2GB itu juga boleh dimuat turun secara manual di laman rasmi ASUS.

ASUS ZenFone 5Z sebelum ini dilancarkan di Malaysia pada harga RM1,899 untuk varian 6GB + 128GB, dan RM2,299 untuk varian 8GB + 256GB. Ia menampilkan sokongan cipset Snapdragon 845, sokongan dwi kamera beresolusi 12MP, bateri sebesar 3300mAh, paparan skrin 6.2 inci, dan dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo.

Baca juga:

ASUS ZenFone 5z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Tawaran Eksklusif Hanya RM1,699 Di Lazada Pada 31 Julai 2018

ASUS ZenFone 5Z Mula Menerima Kemas Kini ZenUI 6 Berasaskan Android 10 Untuk Penguji Beta

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend