Pembelian ASUS ZenFone 5z Di Lazada Akan Dilindungi Dengan ‘Lazada Care Plus’ Bermula 6 September 2018 Comments Off on Pembelian ASUS ZenFone 5z Di Lazada Akan Dilindungi Dengan ‘Lazada Care Plus’ Bermula 6 September 2018

Dilancarkan pada hujung bulan Julai yang lalu, ASUS ZenFone 5z yang dikuasakan dengan pemproses berprestasi tinggi Qualcomm Snapdragon 845 boleh dianggap sebagai salah satu daripada telefon pintar Android paling berbaloi dimiliki di pasaran buat masa ini.

Ditawarkan dalam dua varian iaitu 6GB + 128GB (RM1,899) dan juga 8GB + 256GB (RM2,299), ASUS Malaysia kini telah menjanjikan nilai belian yang lebih baik untuk model itu dengan pembelian di Lazada. Bermula hari ini (6 September 2018), setiap pembelian mana-mana varian ASUS ZenFone 5z akan turut menerima perlindungan tambahan Lazada Care Plus.

Ini bermakna pengguna yang membeli ASUS ZenFone 5z di Lazada akan menerima jaminan waranti tambahan selama 1 tahun. Selain itu perlindungan kerosakan peranti yang ditawarkan juga membolehkan pemilik peranti membuat satu tuntutan untuk perkhidmatan pembaikan percuma.

Miliki ASUS ZenFone 5z dengan Lazada Care Plus, eksklusif di Lazada

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend